Misi mencari "Kebenaran" - Boboiboy The Movie 2 |
"Boboiboy kuasa elemental". Baru mak tau, Boboiboy ni kuat rupanya. Mau tak kuatnya ikut pemahaman mak yang baru je layan movie tadi, tujuh kuasa ada dalam badan Boboiboy, Api, Air, Angin, Tanah dan banyak lagilah. Tu yang dia kuat, dan kuasa ni rupanya boleh dipisahkan pula dah. Macam-macamlah Boboiboy ni. Kalau korang nak tau, korang kena tengok Boboiboy ni. Sekali sekala layan movie anak-anak syok juga.
Dan paling best kali ni Boboiboy The Movie 2, ada penampilan baru tau iaitu "Pipi Zola, anak kepada Papa Zola Kebenaran". PUTERI INTAN PAYUNG INDAH ZULAIKA OLISYA LAZADYHIA ABSYARI...aduhhh panjang nau nama ko ye Pipi. Patut pak hang cakap "Kebenaran dah menyesal". Part ni lucu, sebenarnya banyak lagi scane yang lucu dalam cerita ni. Tak lupa juga banyak juga pengajaran yang diserapkan dalam cerita ni.
Jadi siapa yang tak tengok lagi boleh pergi ke pawangam yang berhampiran. Kami pergi pun last minute, beli tiket online je tu pun lagi 30 minit nak mula tayangan. Mujur dapat seat cantik. Almaklumlah musim cuti sekolah, panggung memang full nak-nak cerita kegilaan anak-anak.
Habis je tanyangan, kami window shoping sebelum balik. Saja bagi ruang dan peluang kat abah korang siapkan montaj. Cuti sekolah penggal pertama atau kedua selalunya kami sekeluarga memang tak kemana. Jadi cuti sekolah ni, kami main area sini sudah. Janji anak-anak happy. Cuti akhir tahun nanti kita pulun habis-habisan ye anak-anak.
Ada style tu... |
Alhamdulillah...puas hati semua dapat tengok Boboiboy... |